Harga minyak turun paling banyak selepas protes berhujan, diganggu DBKL

Harga minyak turun paling banyak selepas protes berhujan, diganggu DBKL

Aksi protes 42jam Pemuda PH menyaksikan harga minyak turun paling banyak selepas 5 bulan.

Aksi protes 42 jam Pemuda Pakatan Harapan menyaksikan harga minyak turun paling banyak selepas lima bulan.

Harga runcit mingguan bagi petrol RON95 dan RON97 turun mendadak sehingga lapan sen mulai 12.01 tengah malam tadi menyaksikan penurunan paling banyak selepas aksi protes di hadapan bangunan Parlimen.

Selepas Pemuda Pakatan Harapan, mahasiswa dan aktivis berkumpul di lokasi itu mulai malam 20 November lalu, rakyat mulai hari ini menikmati kadar bahan api jauh lebih rendah.

Berkuatkuasa sehingga 29 November depan, RON95 berharga RM2.30 seliter manakala RON97 dijual RM2.58 seliter selepas masing-masing turun lapan sen.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan(KPDNKK) juga mengumumkan harga diesel menjadi RM2.23 seliter selepas turun dua sen.

Semakan Malaysia Dateline mendapati penurunan harga bahan api sepanjang 23 sehingga 29 November adalah pengurangan harga paling banyak selepas tempoh lima bulan.

Bagi 22 hingga 28 Jun lalu, harga RON95 dan RON97 diumumkan turun tujuh sen masing-masing kepada RM1.91 dan RM2.17 seliter manakala diesel kekal RM1.88 seliter.

Petang semalam, Pemuda Pakatan Harapan termasuk dari Kedah, Perak dan Johor telah berjaya ‘berkampung’ di hadapan bangunan Parlimen selama 42 jam dalam usaha menuntut kerajaan Umno-BN menurunkan harga minyak.

Sepanjang tempoh tersebut, pimpinan dan anggota AMANAH, DAP, Bersatu dan PKR bergilir-gilir berkumpul termasuk bermalam di jalan menuju pagar bangunan Parlimen itu.

Pemimpin Pakatan Harapan juga menunjukkan sokongan dengan hadir singgah bersolidariti sejurus keluar dari sidang Dewan Rakyat.

Bahkan, Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa semalam dilihat baring dan tidur di bahu Jalan Parlimen.

Walaupu didatangi DBKL bagi Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa tetap tidak berganjak di bahu Jalan Parlimen.

Pemerhatian Malaysia Dateline ketika itu mendapati Naib Presiden AMANAH berkenaan terus bertahan di lokasi tersebut bersama Pemuda Harapan lain.

Beliau tidak berganjak walaupun kira-kira 10 anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kemudiannya datang jam 3 pagi dengan cuba untuk merampas sebuah khemah yang didirikan.

Namun, hasil rundingan Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Mohd Sany Hamzan menyaksikan pihak berkuasa terbabit bergerak meninggalkan lokasi selepas 30 minit berbincang tanpa merampas khemah.

Keluarga aktivis sejak era Reformasi 1998 Bad Latif Mansor juga hadir tuntut harga minyak turun.

Hujan lebat petang kelmarin turut menyaksikan Pemuda Pakatan Harapan dan aktivis mahasiswa tidak berganjak dari lokasi protes selepas khemah mereka dirampas dalam serbuan DBKL sebelum itu.

Malahan, dua Exco Pemuda AMANAH Nasional, Khairol Najib Hashim dan Asim Abdullah Ainullotfi tetap mengerjakan solat ketika hujan lebat sedang mencurah.

Cuaca panas juga menyaksikan Pemuda Pakatan Harapan dan peserta non-partisan terus bertahan. Antaranya, aktivis dikenali sebagai Gana, sanggup berdiri lebih sejam memegang plakad menuntut harga minyak diturunkan di bawah terik tengah hari kelmarin.

Exco Pemuda AMANAH Nasional, Khairol Najib Hashim dan Asim Abdullah Ainullotfi terpaksa bersembahyang di bawah hujan lebat selepas DBKL merampas khemah.

 

Van TV3 kebetulan lalu di sebelah Ketua Pemuda Johor, Taqiyuddin Cheman yang melelapkan mata seketika keletihan dalam aksi protes di Jalan Parlimen.

 

 

9.3
OVERALL SCORE
: 9.0
2 user votes x 9.5
CATEGORIES
TAGS