Harga petrol, diesel kekal tidak berubah hingga 30 April

Oleh MAISARAH AISYA

Bagi mereka yang menggunakan kenderaan pastinya memperuntukkan sebahagian gaji untuk mengisi minyak.

Namun tidak perlu bimbang kerana harga uncit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara kekal tidak berubah.

Masing-masing masih kekal pada harga RM3.18 dan RM2.05 seliter dari 24 hingga 30 April ini.

Menerusi kenyataan dikeluarkan Kementerian Kewangan semalam, harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia tidak berubah dan kekal pada harga RM2.88 seliter.

Manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan, harga diesel masih kekal dengan harga RM2.15 seliter bagi tempoh sama.

Pada masa sama kenyatan itu menjelaskan bahawa harga ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan bagi produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.

Kenyataan itu menjelaskan harga ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan bagi produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.

“Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak global dan mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” jelas kenyataan tersebut.

Baca juga: Wanita hampir pitam duit dalam akaun tabung haji anak lesap