Malaysia Dateline

Harga petrol naik, diesel turun

Harga runcit mingguan bagi petrol RON95 naik dua sen kepada RM2.33 seliter manakala harga petrol RON97 naik tiga sen kepada RM2.61 seliter bermula tengah malam ini hingga 14 Feb.

Harga runcit diesel pula turun tiga sen kepada RM2.31 seliter, demikian menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di laman sesawangnya hari ini.

Bagi minggu sebelum ini iaitu dari 1 hingga 7 Feb, harga runcit mingguan RON95 ialah RM2.31 seliter, RON97 (RM2.58 seliter) dan diesel (RM2.34 seliter).