Malaysia Dateline

Harga runcit Ron95, Ron97, diesel naik tengah malam ini

Harga runcit bahan bakar petrol RON 95, RON 97 naik dua sen kepada RM2.31 dan RM2.58 seliter masing-masing bermula malam ini.

Manakala harga runcit diesel pula naik tiga sen kepada RM2.34 seliter.

Menurut laman Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), harga baharu bahan bakar terbabit akan berkuatkuasa dari 1 Februari 2018 sehingga 7 Februari 2018.