Malaysia Dateline

Harga RON95, RON97 naik lagi 3 sen, diesel 4 sen seliter

Harga runcit RON97 dan RON95 masing-masing naik sebanyak 3 sen seliter bagi tempoh 13 Februari hingga 19 Februari 2021.

Pada minggu ini pengguna membayar RON97 dengan harga RM2.23 seliter bermula 12 tengah malam ini harga yang kena bayar adalah RM2.26 seliter.

Begitu juga bagi RON95 di mana harga sebelum ini adalah RM1.93 seliter menjadi RM1.96 seliter.

Harga diesel pula naik 4 sen seliter daripada RM2.11 kepada RM2.15 seliter.

Menurut Kementerian Kewangan, penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan ini menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

Terdahulu kerajaan bersetuju menetapkan had harga siling petrol RON95 dan diesel masing-masing pada paras RM2.05 dan RM2.15 seliter.

Langkah itu bertujuan melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga minyak yang ketara apabila harga sebenar minyak di pasaran global meningkat.