Harga sewa yang semakin meningkat di Australia menyebabkan ramai penduduk di sana kecewa, apatah lagi ruangan yang disewa teramat kecil.
Bayangkan ruangan balkoni yang dikecil diubah suai menjadi bilik untuk disewakan pada harga lebih AUD$300 (lebih kurang RM950) seminggu.
Menurut laman berita news.co.au, seorang pemilik sebuah apartmen di Sydney mengiklankan balkoni kecil tertutup untuk disewa pada harga AUD$360 (RM1,144) seminggu.
Ini bermakna dalam tempoh sebulan, penyewa perlu membayar sekitar AUD$1,440 (RM4,578) untuk ruangan yang begitu kecil.
Balkoni kecil itu diiklankan menerusi Facebook Marketplace yang menggambarkan balkoni di Haymarket, pinggir Sydney sebagai ‘sunny room’.
Ruangan itu dikatakan sesuai untuk memuatkan seorang penghuni dan jelas terlihat dalam gambar sebuah katil bujang cermin, bidai dan permaidani di atas lantai berjubin.
Pada masa sama pemilik unit apartmen itu berkata, sewa mingguan itu termasuk bil utiliti.
“Hanya kongsi bilik dengan seorang individu, sedia untuk pindah masuk dan lokasi berada di tempat yang senang untuk kemana-mana sahaja,” ujar pemilik dalam iklan tersebut.
Ketika ditemu bual 7News Australia, penduduk di kawasan tersebut menjelaskan kebimbangan kerana bilik tersebut tidak dibina untuk didiami.
Malah ramai menganggap harga tersebut terlalu mahal dan mustahil akan ada orang yang menyewanya.
Baca juga: Layankan anak ikut ‘trend’, ibu sanggup belikan air & coklat berharga cecah RM150!