Malaysia Dateline

Harga runcit Petrol, Diesel naik lagi

Pengguna kenderaan akan sekali lagi terpaksa menanggung kenaikan harga runcit petrol RON95, RON97 dan Diesel minggu ini.

Harga petrol dan dieselĀ  naik kembali 2sen dan 3sen.

Mulai tengah malam ini, harga baru RON95 ditetapkan pada RM2.27 seliter manakala RON97 pula RM2.54 seliter.

Diesel pula akan dijual pada harga RM2.23 berbanding RM2.20 seliter pada minggu ini.

Sistem harga minyak mingguan ditentukan berdasarkan harga minyak Mean of Platts Singapore (MOPS) dan kekuatan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat.