Malaysia Dateline

Minyak naik

Harga runcit petrol naik, RON95 RM1.80, diesel RM1.96 seliter

Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel masing-masing naik sebanyak 2 sen seliter bermula 26 Disember 2020 sehingga 1 Januari 2021.

RON97 pada minggu lepas berharga RM2.08 seliter kini naik kepada RM2.10 seliter.

Manakala bagi RON95 pula dari harga RM1.78 seliter naik kepada RM1.80 dan diesel pula dari RM1.96 seliter menjadi RM1.98 seliter.

Penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguna menggunakan formula Automatic Pricing Mechanisme (APM) harga runcit produk petroleum bagi tempoh semingga.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, kata Kementerian Kewangan dalam kenyataan rasminya petang tadi.