Malaysia Dateline

Ron 95 dan Ron97 dinaikan 5 sen bermua tengah malam ini

Harga runcit petrol RON97, RON 95 naik 10 sen, diesel 9 sen

Harga runcit petrol RON 97 dan RON 95 masing-masing naik sebanyak 10 sen seliter manakala harga runcit diesel naik sebanyak 9 sen seliter.

Kenaikan harga runcit ini berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Prising Mechanisme (APM).

Harga runcit baharu bagi RON 97 adalah RM1.99 seliter, RON 95 RM1.69 seliter dan diesel RM1.86 seliter bagi tempoh 27 Jun 2020 sehingga 3 Julai 2020.

Menurut Kementerian Kewangan Malaysia dalam kenyataannya, kenaikan ini dipengaruhi oleh perubahan harga minyak yang diproses selari dengan harga minyak mentah dunia pada masa ini.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.