Harga saham MyEG susut selepas Mahkamah Tinggi kekalkan keputusan MyCC

Harga saham MyEG susut selepas Mahkamah Tinggi kekalkan keputusan MyCC

Harga saham MY E.G. Services Bhd (MyEG) di Bursa Malaysia susut petang ini selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengekalkan keputusan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) terhadap syarikat itu di bawah Akta Persaingan 2010  kerana menyalahgunakan kedudukan dominannya.

Dagangan dalam saham MyEG dihentikan selama satu jam dari 2.47 petang dan kaunter itu menyambung semula dagangan pada 3.47 petang hari ini.

Sehingga 4.09 petang, harga saham syarikat itu merosot tiga sen kepada 99 sen dengan 37.94 juta saham bertukar tangan.

— BERNAMA