Hari ini 27 Ogos, zahirkan kebencian kita terhadap penindasan kleptokrat

"Sudah tiba tarikh yang dinanti-nanti, 27 Ogos 2016. Pertama dan selamanya, saya bersyukur kepada Tuhan kerana kita semua masih diberikan kekuatan untuk meneruskan perjuangan," kata jurucakap #TangkapMalaysianOfficial1, Anis Syafiqah Binti Md Yusof.

Hari ini 27 Ogos, zahirkan kebencian kita terhadap penindasan kleptokrat

“Sudah tiba tarikh yang dinanti-nanti, 27 Ogos 2016. Pertama dan selamanya, saya bersyukur kepada Tuhan kerana kita semua masih diberikan kekuatan untuk meneruskan perjuangan,” kata jurucakap #TangkapMalaysianOfficial1, Anis Syafiqah Binti Md Yusof.

Beliau menyampaikan 2.6 bilion++ penghargaan untuk di ‘dermakan’ kepada seluruh rakyat Malaysia dan pihak-pihak yang tidak putus-putus memberikan sokongan dan dorongan selama ini.

“Hari ini kita keluar daripada zon selesa masing-masing, menyatakan kebencian kita kepada kezaliman dan penindasan oleh para kleptokrat yang telah menconteng arang ke wajah negara yang kita cintai ini,” katanya dalam satu kenyataan megalu-alukan ketangan rakyat dari seluruh negara ke himpunan penting hari ini.

Menurut beliau amat memalukan kita jika satu dunia menyaksikan rakyat Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan dalam keadaan dijajah kleptokrat yang menjadi orang rasmi tertinggi dalam pentadbiran dan pengurusan ekonomi negara.

“Saya yakin, turunnya kita di jalan pada hari ini kerana ingin menyambut Hari Kemerdekaan dengan penuh bermaruah.

“Tidak kira apa jua latar belakang politik mahupun ideologi, himpunan hari ini bukanlah pentas persaingan untuk tunjukkan siapa lebih hebat, akan tetapi platform untuk kita satukan tenaga menumbangkan kezaliman dan penindasan yang semakin hari semakin berat tertanggung di bahu setiap rakyat Malaysia,” katanya.

Oleh itu kata beliau, ayuh rakyat Malaysia, kita desak agar perompak besar negara yang digelar sebagai Malaysian Official 1 dikenalpasti, disiasat, ditangkap dan seterusnya dihadapkan ke muka pengadilan.

“Tiada masa lagi untuk kita berdiam diri dan bersikap dayus membiarkan sang penzalim terus merosakkan masa depan kita dan generasi akan datang.

“Moga 27 Ogos 2016 menjadi satu tarikh keramat bersejarah yang menyaksikan mahasiswa dan seluruh rakyat Malaysia bangkit menuntut hak dan melawan kezaliman,” katanya.

Ingat katanya, perjuangan ini bukan kerana nama.

“Perjuangan ini, perjuangan kita bersama!” katanya.