Malaysia Dateline

‘Hari ini suatu pengkhianatan, mungkin esok ada perubahan’

Pergolakan politik negara pada masa ini disifatkan Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai satu “pengkhianatan”.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata demikian kepada penyokongnya di rumah beliau di Segambut, Kuala Lumpur.

“Dan kita juga dikejutkan hari ini dengan perkembangan yang bagi kita satu juga pengkhianatan kerana sudah janji dan sebagainya, maka menyebabkan ada perubahan.

“Dan saya jangka akan berlaku dalam masa terdekat, mungkin esok,” lapor Malaysiakini.

Menurutnya, daripada maklumat yang beliau terima memang ada usaha sedemikian walaupun tidak ada pengumuman malam ini.

Dalam hal berkaitan, beberapa ahli parlimen PKR tiba di kediaman Anwar malam ini. Mereka ialah
Tan Yee Kew (Wangsa Maju), Muhammad Bakhtiar Wan Chik (Balik Pulau), Fuziah Salleh (Kuantan), P. Prabakaran (Batu) dan Fahmi Fadzil (Lembah Pantai).

Turut kelihatan pemimpin veteran PKR, Syed Husin Ali.

PKR pada masa ini mempunyai 50 wakil di Dewan Rakyat sekali gus paling ramai dalam komponen kerajaan Pakatan Harapan (PH).