Hari mengundi Rabu 9 Mei, tempoh berkempen 11 hari

Hari mengundi Rabu 9 Mei, tempoh berkempen 11 hari

Seramai 14,940,624 orang pemilih berdaftar bagi Suku Keempat Tahun 2017 layak untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang akan diadakan pada 9 Mei 2018 (Rabu).

Menerusi Mesyuarat Khas yang diadakan hari ini di ibupejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Putrajaya, SPR telah menetapkan tairkh-tarikh proes pelaksanaan PRU14.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah hari ini mengumumkan, tarikh keluar writ kepada Pegawai  Pengurus Pilihanraya kepada 222 kawasan Parlimen pada 11 April (Rabu).

Diikuti Hari Penamaan calon pada 28 April (Sabtu) dan Hari Mengundi Awal pada 5 Mei 2018 (Sabtu).

Tempoh berkempen selama 11 hari dibenarkan.

Mohd Hashim menjelaskan bagi tempoh berkempen yang ditetapkan 11 hari bermula pada Hari Penamaan Calon sehingga pukul 11.59malam pada 8 Mei 2018.

“SPR telah melantik 222 orang Pegawai Pengurus Pilihan Raya  bagi tujuan memantau semua aktiviti kempen pilihan raya  sepanjang tempoh rasmi berkempen. SPR juga telah menubuhkan 445 Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR).

“SPR juga telah menjemput 14 buah negara sebagai Pemerhati Antarabangsa yang terdiri daripada Badan Pengurusan Pilihan Raya dan negara-negara anggota Asean, Komenwel, Asia dan Eropah serta sebuah  pusat kajian dan sokongan kepada badan pengurusan pilihan raya yang berpangkalan di Cambridge, United Kingsom iaitu Malaysia Commonwelth Studies Centre (MCSC),” ujarnya dalam sidang media yang diadakan hari ini di Putrajaya.

Beliau turut menjelaskan bagi pemerhati Antarabangsa dan Pemerhati Tempatan hanya dibenarkan membuat pemerhatian di dalam pusat penamaan calon, pusat mengundi, tempat pengiraan undi dan proses penjumlahan undi di pusat penjumlahaan rasmi undi.

“Pemerhati tempatan yang dilantik terdiri daripada 14 NGO dan waikil Universiti  untuk menjalankan pemerhatian ke atas perjalanan proses PRU14 bermula dari penmaaan calon sehingga keputusan pilihan raya diumumkan.

Bagi PRU14 kali ini  daripada 14,960,624 orang pemilih berdaftar seramai 14,636,716 orang adalah Pemilih Biasa; (300,255 orang ) Pemilih Awal yang  terdiiri daripada Tentera,Polis dan pasangan mereka; dan Pengundi Tidak  Hadir Luar Negara (3,653orang).

PRU14 kali ini seamai 259,391 orang petugas dilantik dikalangan orang awam untuk pengendalian proses pilihan raya. Manakala sebanyaka 8,989 buah premis bangunan akan digunakan sebagai Pusat Mengundi yang mengandungi 28,9995 saluran seluruh negara.

Bagi PRU14 SPR telah memperuntukkan perbelanjaan sebanyak RM500 juta.

Selepas pengumuman dibuat SPR turut menyampaikan watikah kepada  enam Pegawai Pengurus  Pilihan Raya di  Parlimen  membabitkan  kawasan Putrajaya, Kuala Pilah, Seremban, Setiawangsa, Seremban dan Gombak.

PRU-14 melibatkan 222 kawasan Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) tidak termasuk Sarawak yang mengadakan Pilihan Raya Negeri pada 2017.

Pegawai Daerah Kuala Pilah Shahrul Nizam Salleh (tiga dari kiri) menerima watikah pelantikan sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya  daripada Tan Sri Mohd Hashim Abdullah (dua dari kanan) di ibupejabat SPR, Putrajajaya hari ini.

 

8.0
OVERALL SCORE
: 8.0
Have no any user vote