Hari OKU Sedunia: Amanah mahu jurang intergrasi, hak OKU dijamin

Parti Amanah Negara (Amanah) sentiasa memberi perhatian kepada penerapan nilai Islam yang mana tidak melupakan golongan istimewa dan kelainan upaya (OKU), sempena sambutan hari Orang Kelainan Upaya (OKU) yang diraikan setiap 3 Disember di seluruh dunia.

Naib Presidennya, Hasanuddin Mohd Yunus berkata, “persoalan yang mesti dijawab bersama, adakah kita telah menunaikan hak-hak OKU secukupnya di negara ini?”

Kayu ukur kejayaan katanya, ialah apabila tidak ada rakyat yang dihadkan oleh keupayaan fizikal mereka dalam menyebut peluang pendidikan, kerjaya dan menikmati kemudahan yang ada.

“OKU perlu dintegrasikan dalam masyarakat arus perdana. Keperluan intelektual emosi dan sosial mereka wajar diraikan sepenuhnya.

“Sudahkah prasarana kita cukup mesra OKU? Kita lihat masih lagi banyak kemudahan awam yang sukar di akses sepenuhnya oleh OKU,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau yang juga Pengerusi Biro Kebajikan,Kemanusiaan dan Bencana Alam berkata, dengan kecanggihan teknologi tidak mustahil jurang antara OKU dan orang biasa boleh diminimumkan sehingga sifar.

“Marilah kita mengunakan Hari OKU bukan sahaja meraikan golongan istimewa dalam kalangan kita sahaja, tetapi juga merefleksi tanggungjawab kita terhadap mereka secara berterusan.

“Sama ada ketika mewajibkan berhijrah atau mewajibkan berperang mempertahankan negara, Islam menyebut dalam al-Quran pengecualian golongan kelainan upaya, uzur dan tidak mampu.

“Malah Nabi s.a.w. ditegur oleh Allah s.w.t dengan tegas ketika baginda sibuk melayan pembesar Quraisy dalam dakwahnya dan tidak sengaja mengabaikan si buta yang sedang tertanya-tanya sesuatu kepada baginda.

“Anjuran dan episod di atas jelas menunjukkan betapa Islam memberi keududukan istimewa kepada golongan kurang berkemampuan dan OKU.

“Sebagai sebuah parti yang mendokong aspirasi Islam, Amanah memandang berat layana baik terhadap OKU, ” ujarnya.

TAGS