‘Hari pertama bekerja, sekali lagi’

‘Hari pertama bekerja, sekali lagi’

Tun Dr Mahathir Mohamad berkongsi tweet pertama beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia, yang menunjukkan gambar beliau bermesyuarat dengan para pemimpin Pakatan Harapan (PH).

Mesyuarat itu dihadiri Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung PH Datuk Saifuddin Abdullah.

Dalam Tweet yang tertera kapsyen “First day on the job…once again (Hari pertama bekerja…sekali lagi)”, Dr Mahathir menyertakan nota tulisan tangan beliau tentang perkara yang akan dibincang pada mesyuarat itu, yang diadakan di Yayasan Albukhary hari ini.

Turut dimuat naik ialah dua keping gambar sidang berita Dr Mahathir di bangunan sama, sebelum beliau beredar untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Negara yang terletak tidak jauh dari situ.

Mahathir, 92, mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ketujuh di Istana Negara malam tadi.

Beliau adalah perdana menteri tertua di dunia.

PH, yang dipengerusikan Dr Mahathir, membentuk kerajaan Persekutuan selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei.

CATEGORIES