“Hari pertama letih jugalah”, 4 jam ‘on-air’ jadi budak radio, Khairy ‘respect’ kerja DJ

Oleh KIM SYAZIE

Hari pertama memulakan tugas sebagai penyampai radio Hot FM semalam, Khairy Jamaluddin menuai banyak komen-komen positif dari pendengar.

Banyak sedutan klip video Khairy dikongsikan pengguna media sosial yang terhibur dengan celoteh bekas menteri kesihatan itu.

Di akhir segmen breakfast Hot FM, AG selaku penyampai tetap radio berkenaan sempat bertanya reaksi Khairy terhadap pekerjaan sebagai penyampai radio.

Apa yang menarik perhatian adalah komen Khairy yang mengatakan dia tidak sangka kerja tersebut rupanya agak meletihkan dan memerlukan stamina yang kuat.

“Saya nak tanya KJ juga lah. Dah 4 jam on-air ni macam mana. Ok jadi DJ?,” soal AG.

Khairy kemudian membalas: “Letih jugalah! Kena ada stamina. I respect you lah!”.

Ketika ditanya kehadiran beliau ke konti pada esok, Khairy berkata beliau tidak berkelapangan pada waktu itu.

Beliau juga sempat berseloroh mengatakan dia kini seorang ahli perniagaan antarabangsa (international businessman) dan agak sibuk.

“Saya rasa esok mungkin saya travelling sebab saya international businessman sekarang ini,” kata KJ.

Hey, saya ex minister you know!

Johan pula cuba ‘menambah rasa’ mempersoal kontrak kerja Khairy yang suka-suka mahu masuk konti atau tidak.

Balasan Khairy pula membuatkan ramai gelak besar apabila menggunakan lesen sebagai bekas menteri untuk berbuat demikian.

“Macam mana you punya contract ni. Kejap ada kejap tak ada?,” soal Johan.

“Kontrak saya fleksibel lah. Hey, saya ex minister you know,” tambahnya membuatkan suasana tambah gamat.

Suasana ceria dan berbeza yang dirasai di konti radio Hot FM itu membuatkan ramai mengakui Khairy mempunyai bakat melawak, selain ada yang tidak sabar menanti episod kehadiran beliau.

Baca juga: Asyik berbalas ‘k’ dengan penghantar FoodPanda, rupanya ada sebab kenapa rider kena reply