Malaysia Dateline

Hari Raya Haji jatuh pada Jumaat 31 Julai

Penyimpan Mohon Besar Raja-raja mengumumkan, Hari Raya Qurban diisytiharkan pada 31 Julai 2020 iaitu hari Jumaat.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yangdi-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Malaysia mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah, 1441 Hijriah ialah pada 22hb Julai, 2020 Masehi.

“Oleh yang demikian Hari Raya Qurban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari 31hb Julai 2020 Masehi,” kata pengumuman itu.