Hari Wanita Sedunia: Kerajaan Pulau Pinang iktiraf pencapaian wanita

Hari Wanita Sedunia: Kerajaan Pulau Pinang iktiraf pencapaian wanita

Dalam perutusan Hari Wanita Sedunia baru-baru ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, kerajaan pimpinan beliau mengiktiraf pencapai kaum hawa.

Sehubungan itu kata beliau, kerajaan negeri telah menubuhkan Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang dalam bulan November 2011 untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai masyarakat yang progresif dan menggalakkan kualiti serta peluang dalam kalangan gender.

“Hal ini telah ditunjukkan melalui pelantikan Datuk Bandar dan Presiden Majlis yang pertama di Semenanjung Malaysia,” kata beliau dalam kenyataannya.

Kata beliau lagi, antara penjawat awam yang dilantik oleh Kerajaan Pulau Pinang ialah Datuk Maimundah Mohd Sharif, seorang penjawat awam yang sangat cemerlang.

“Datuk Maimunah, bekas datuk bandar Majlis Perbandaran Pulau Pinang, telah dipilih dan beliau kini merupakan pengarah eksekutif Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berpengkalan di Nairobi, Kenya,” kata beliau.

Jelas Guan Eng, pencapaian Datuk Maimunah menjadikan beliau wanita pertama dari Asia memegang jawatan tersebut dalam sejarah Malaysia.

Katanya lagi, jika wanita dan anak ngadis diperkasakan, seluruh masyarakat akan berubah.

0.0
OVERALL SCORE
Have no any user vote