Hari Wilayah pelbagai nostalgia

Wilayah Persekutuan akan menyambut Hari Wilayahnya pada 1 Februari ini dengan segala gemerlapannya.

Lebih-lebih lagi perancangan di bawah Menteri Wilayah, Ir. Khalid Samad yang banyak idea.

Kini awal-awal lagi, bendera Wilayah Persekutan sudah diedarkan dan tentunya akan membantu menyemarahkan Hari Wilayah itu.

Banyak nostalgia yang manis dan kadang-kadang penuh dramatik apabila memperkatakan mengenai Wilayah Persekutuan.

Antaranya jam besar di Dataraan Merdeka, di tengah kota, dengan disaksikan oleh jam besar di bangunan Sultan Abdd Samad, gemuruh Perisytiharan Hari Kemerdekaan, 31 Ogos 1957 Oleh Tunku Abd Rahman Putera Al-Haj, turunnya bendera penjajah, Union Jack. Digantikan dengan Bendera Persekutuan di Dataran Merdeka.

Pada hari yang bersejarah itu, sebuah negara baru telah mmuncul.Dataran Merdeka riuh rendah dengan gemuruh teriakan kemerdekaan.Bangunan Kelab Diraja Selangor – di belakangnya dulu tempat para pegawai British bersantai, kini masih wujud. Kita tidak begitu tahu siapa pula yang bersantai di situ. Tetapi itu sudah tidak penting.

Dataran Merdeka kini tempat rakyat melakukan pelbagai kegiatan.Malah baru-baru ini, atas inisiatf Menteri Wilayah, diadakan – untuk pertama kali – Sambutan Maulidul Rasul. Menebarkan ucapan para tokoh mengenai perjuangan Rasulullah s.a.w. yang dengan sendirinya diketahui oleh rakyat pelbagai kaum. Ini usaha mulia.

Wilayah Persekutuan dengan segala sejarahnya meninggalkan peelbagai kenangan. Di tahun-tahun 80-an, seingat saya, kami wartawan yang bekerja di BH/NST/Malay Mail sering bersantai direstoran Bunga Raya di Brickfieldd. Melepaskan penat,selepas bertugas, ataupun bersantai di gerai makan Jalan Campble, Kampung Bahru dan sekitarnya.

Banyak lagi kenangan semasa berja di Wilayah Persekutuan. Umpamanya banjir yang melanda Wilayah di pertengahan 70-an, menenggelamkan banyak tempat dan beberapa peristiwa lain yang meninggalkan kenangan.

Wilayah Persekutuan, dikelilingi instutusi penting seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, pusat bahasa yang menebarkan ilmu. Begitu juga adanya Arkib Negara dan Perpustakaan Negara yang penting di Wilayah Persekutuan.

Oleh itu, sangat tepat apabila Menteri Wilayah, Ir. Khalid Samad mengisytiharkan Wilayah Persekutuan sebagai kota buku dan kota ilmu.Maka itu adalah wajar diperbanyakkan khutub khanah atau medan membaca di seluruh Wilayah Persekutuan.

Kita yakin, Wilayah Persekutuan, bukan saja meriah dan gemuruh dengan bangunan pencakar langitnya, LRT dan MRT, lampu yang bergemarlapan, di bawahnya penduduk Wilayah mencari rezeki, tetapi juga ia menjadi kota yang mmpertahankan nilai-nilai mamusiawi siapapun yang menjadi penghuninya.

Inilah harapan kita ketika menyambut Hari Wilayah Persekutuan 1 Februari ini.
.