Harith Iskandar terima anugerah daripada Duta Finland

Harith Iskandar terima anugerah daripada Duta Finland

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Pengacara, Pelakon dan Pelawak popular Harith Iskandar yang meraih gelaran ‘Funniest Person in the World’ anjuran Laugh Factory di Finland Disember tahun lalu, malam tadi menerima anugerah itu daripada Duta Finland di Malaysia, Petri Puhakka.

Anugerah itu disampaikan sempena majlis sambutan Hari Kemerdekaan Finland ke-100 di salah sebuah hotel di ibu negara, malam ini.

Harith, yang hampir 30 tahun berkecimpung dalam dunia lawak solo, berkata anugerah itu merupakan satu penghormatan buat dirinya dan menjadi pemangkin untuk terus terlibat dalam industri hiburan.

“Anugerah ini memang di luar jangkaan saya…saya sangat berterima kasih dan menghargainya.

“InsyaAllah, pertandingan yang sama iaitu Funniest Person in the World 2018 akan diadakan di negara ini dan saya akan terlibat dalam pertandingan,” katanya kepada pemberita selepas menerima anugerah itu.

Pada Disember 2016, sebagai pemenang, Harith memperoleh US$100,000 (RM448,000) serta melakukan persembahan komedi dalam siri jelajah di Amerika Syarikat selain menerima liputan luas media seluruh dunia.

CATEGORIES