Konflik di antara pelawak, Ali Puteh dan bekas kakak iparnya, Siti Norhidayah yang berpunca dari pembahagian harta secara faraid bagai tiada penghujung.
Namun begitu, dengan tularnya kes mereka itu, masyarakat Malaysia mula belajar dan mempunyai kesedaran mengenai faraid.
Baru-baru ini, ciapan seorang peguam tentang hak anak perempuan menurut Islam setelah bapanya meninggal dunia tular di laman aplikasi Twitter.
Seperti yang kita tahu, menerusi kaedah faraid, waris perempuan akan mendapat bahagian yang sedikit berbanding waris lelaki.
Peguam Syarie, Muhammad Syarafi dalam ciapannya berkata, harta itu datang bersama tanggungjawab dan tidak menjadi milik mereka sepenuhnya.
Menurutnya, hikmah di balik pembahagian adalah untuk lelaki menyara waris wanita di bawah tanggungannya.
Ciapan itu khusus bagi membalas soalan seorang wanita yang bertanya tentang haknya sekiranya harta bapa difaraidkan kepada bapa saudara atau datuk.
“Bahagian yang diterima ahli waris si mati (lelaki) itu (datang) bersama tanggungjawab membantu anak saudaranya yang kematian mak ayah dari sudut nafkah.
“Tolong jangan berlepas diri dari tanggungjawab. Harta si mati nak, tanggungjawab pada anak-anak si mati tak nak,” ujarnya.
Tidak berat sebelah, masyarakat perlu sedar bahawa hak Faraid yang mereka terima bukanlah digunakan untuk kepentingan peribadi semata-mata.
Baca juga: Lahirkan anak sendirian, kakitangan zoo akhirnya rungkai misteri siapakah bapa ungka