Hartal doktor kontrak: KANUN sediakan hotline jika ada intimidasi

Oleh ARIF ATAN

Biro Undang-Undang Parti AMANAH Negara (KANUN) menyediakan talian hotlineĀ 010-4587548 kepada mana-mana doktor atau pekerja kesihatan yang dikenakan sebarang tindakan intimidasi atas sebarang penglibatan dalam gerakan Hartal Doktor Kontrak, esok.

Naib Pengerusi KANUN, Fadhli Umar Aminolhuda berkata, pihaknya sedia maklum bahawa demonstrasi tersebut bertujuan bagi meluahkan kekecewaan doktor-doktor muda yang hanya diberikan pekerjaan oleh kerajaan secara kontrak.

Beliau berpendapat, doktor-doktor terbabit dinafikan pelbagai elaun dan keistimewaan yang dinikmati oleh doktor tetap walaupun tanggungjawab kerja adalah seratus peratus sama.

Baca Artikel Penuh