Hasil analisis sampel air laut berwarna merah bakal diketahui

Hasil analisis sampel air laut berwarna merah bakal diketahui

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Hasil analisis sampel air berwarna merah di Sungai Balok dan pantai berhampiran di Kuantan pada penghujung Disember akan diketahui dalam tempoh terdekat.

Ada pihak mendakwa fenomena itu terjadi akibat pencemaran daripada aktiviti melombong bauksit di kawasan berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar Pahang Datuk Seri Ir Mohd Soffi Abd Razak berkata analisis itu dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri.

Bercakap pada pemberita di sini hari ini beliau berkata, kemungkinan keputusan analisis itu akan keluar dalam masa terdekat.

Ini akan menjadi asas bagi pihaknya melaksanakan tindakan sewajarnya, kata beliau.

TAGS