Dari kecil hingga sudah dewasa, pelakon Sweet Qismina sentiasa menghiasi kaca televisyen di Malaysia dengan membawa pelbagai watak.
Hasil usaha bekerja dari usia muda itu akhirnya membuahkan hasil apabila berjaya membeli sebuah rumah di usia 27 tahun.
Dalam hantaran di muat naik di Instagram, Sweet meluahkan rasa syukur apabila akhirnya berjaya membeli rumah selepas bertahun menunggu.
“Rasa bersyukur tak terhingga sangat ni. Bertahun-tahun cari rumah. Bertahun jugalah tunggu nama lepas kat bank.
“Sampai rasanya banyak dah deposit kita keluarkan untuk booking. Tapi tu la, Allah kata bukan rezeki kan. Kita redha.
“Rumah ni pun, patutnya tahun lepas dapat kunci tapi Alhamdulillah, Allah dah tulis tahun 2024 tahun awak akan dapat kunci. Alhamdulillah sangat,” ujarnya di Instagram.
Tambahnya dia turut mengimbau kenangan membawa ibunya bersama bagi melihat rumah yang berpotensi untuk dibeli.
“Kenangan yang paling tak boleh sweet lupa rasanya setahun tu memang kehulur kehilir dengan mama pergi tengok rumah contoh.
“Terima kasih mama untuk semuanya. Baik rumah baru atau rumah lama semua pergi tengok,” tambahnya.
Pada masa sama suaminya, Adam Lee turut membeli sebuah rumah berhampiran Sweet dan mendapat kunci sehari sebelumnya.
Baca juga: “Kecoh sangat pasal rating”, Tyzo tunjuk bukti segmen kendalian DJ Lin paling corot