Hasil kerja tak setanding harga, wanita terkilan bayar ‘barber’ sampai RM160 tapi rambut anak tak cantik

Oleh KIM SYAZIE

Seorang wanita meluahkan rasa ralat melihat hasil kerja seorang tukang gunting rambut di sebuah salun yang dianggap agak tidak memuaskan.

Dia yang menghantar anak lelakinya untuk memotong rambut, meluahkan rasa kecewa kerana hasil kerja tidak setanding dengan harga yang dibayar.

Menurut wanita berkenaan yang dikenali sebagai Lee Ming, dia membayar RM160 untuk potongan rambut pendek di salun berkenaan.

Namun dia tidak menyangka dengan hasil kerja tukang gunting rambut tersebut yang tidak menepati permintaan awalnya.

“Apa perasaan anda tentang ini? Saya rasa nak nangis. Jika kemahiran menggunting rambut tidak setanding dengan harga RM160, mungkin sudah tiba masanya untuk anda menyedari realiti sebenar.

“Saya sangat sedih dengan hasil potongan rambut anak lelaki saya. Boleh ke sesiapa mengesyorkan tukang gunting rambut yang lebih berbakat? Saya perlukan bantuan,” katanya pada kapsyen video dikongsi.

Sementara itu di ruangan komen, ramai yang sependapat dengan wanita berkenaan bahawa hasil kerja tukang gunting rambut tersebut sangat tidak memuaskan.

Mereka juga berasa kasihan dengan kanak-kanak lelaki itu.

Ada juga pengguna mengatakan kemungkinan tukang gunting rambut adalah pekerja baru atau intern, namun ia dinafikan wanita berkenaan yang memberitahu ‘barber’ itu adalah seorang senior berdasarkan harga yang perlu dibayar.

Baca juga: “Aku bayar segala bil rumah mak selama ni, tak pernah dia layan aku baik, bila aku berhenti, barulah…”