Perkongsian seorang pengguna Facebook yang memesan semangkuk tomyam seafood menarik perhatian ramai.
Menerusi gambar yang dimuatnaik di laman kumpulan Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini, tomyam yang dipesan individu tersebut cuma terisi tiga ketul sotong, lima hiris ayam dan dua ekor udang.
Hantarannya yang tertulis ‘hasil memancing di kedai tomyam’ itu buat ramai boleh ‘relate’ dengan situasi tersebut.
Mereka antara lain berkata, restoran tomyam di Malaysia terlalu kedekut sehinggakan lauk pun cuma seketul dua sahaja berbanding kedai tomyam di Thailand.
Malah, ada yang membuat jenaka mengatakan tomyam di Malaysia lebih banyak berisi bawang dan serai berbanding lauk.
“Semua kedai dekat Malaysia ni sama je macam ni. Batang serai dengan bawang je lebih. Harga mahal. Kalau di Thailand, walau mahal sikit tapi penuh isi,” komen Mohamed Anwar.
“Pernah makan dekat Kuantan. Pesan tomyam seafood. Yang dapat dalamnya sotong kecil tu seekor, dengan udang seekor,” komen Abdul Aziz.
“Macam biasalah ayat tauke. Untung tak banyak mana. Rugi lagi ada. Nak murah masak sendiri,” kata Hafiz.
Ada juga netizen menganggap bahawa kos barang mentah mahal menyebabkan peniaga semakin berkira dengan pelanggan.
Mereka juga menyarankan agar orang ramai masak sendiri di rumah jika mahu berjimat cermat.
Baca juga: ’58 kali pergi kenduri kahwin’ dalam kad laporan MP Pas jadi bahan kritikan netizen