Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Hasnul utamakan permohonan baik pulih rumah

Hasnul utamakan permohonan baik pulih rumah

ARIF ATANJanuary 19, 2020 4:29 pm




Hasnul ketika berucap dalam program sembang santai bersama penduduk di Tebuk Jawa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim memberitahu pihaknya mengutamakan permohonan melibatkan bantuan baik pulih rumah demi keselesaan rakyat.

Exco Komunikasi, Multimedia dan NGO Kerajaan Negeri Perak itu berkata, ramai yang mengharapkan bantuan membaiki keadaan rumah mereka dapat diberikan.

Beliau yang juga Ketua Pemuda AMANAH Nasional itu berkata demikian selepas program sembang santai bersama penduduk serta Jawatankuasa Masjid Rahmaniah Tebuk Jawa.

“Majoriti daripada mereka memohon bantuan baik pulih rumah yang mana rumah mereka masing-masing mempunyai kerosakan seperti bumbung bocor, lantai rosak dan sebagainya.

“Bantuan baik pulih rumah ini adalah permohonan yang menjadi keutamaan saya, ini kerana keselesaan hidup merupakan satu keperluan bagi semua manusia,” tegasnya.

Dalam majlis itu juga, Hasnul telah menyampaikan sumbangan kebajikan kepada keluarga yang terpilih dari kalangan fakir miskin, warga tua dan golongan yang memerlukan bagi mengurangkan bebanan mereka.

Hasnul menyantuni warga emas dalam program bersama penduduk di DUN Titi Serong.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Terkini

Kerajaan didesak hentikan sikap SOP berubah-ubah

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Pelakon watak Atan & Atok uzur tidak mampu makan dan minum

Hotel Royale Chulan dijual lebih rendah

Harimau menangis: Interaksi alam dan ancaman kepupusan

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production