Hasnul Zulkarnain dipilih Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA)

Hasnul Zulkarnain dipilih Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA)

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim dipilih sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) bagi sesi 2018-2021 pada Kongres Tahunan PAFA ke-60 di Ipoh hari ini.

Dalam pemilihan sempena kongres tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia, NGO dan Pembangunan Koperasi itu menang tanpa bertanding, sekali gus akan menggantikan Datuk Abdul Puhat Mat Nayan, Presiden PAFA sebelum ini.

Sebagai respons awal sebagai Presiden PAFA selepas diumumkan Hasnul berkata, kepimpinan baharu PAFA akan meneruskan perancangan terdahulu dan akan merangka strategi baharu dalam meningkatkan kemajuan bola sepak Perak.

Rata-rata nitizen khususnya warga muda Perak menyambut baik pelantikan beliau dan meletakkan harapan yang tinggi supaya prestasi The Bos Gaurus dapat ditingkatkan.