Hasnul Zulkarnain teraju Pemuda AMANAH Nasional sesi 2019-2022

Hasnul Zulkarnain teraju Pemuda AMANAH Nasional sesi 2019-2022

Naib Pengerusi AMANAH Negeri Perak, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim dilantik bagi menerajui saf kepimpinan sayap Pemuda AMANAH Nasional.

Pelantikan bagi sesi 2019-2022 itu sekaligus menggantikan pimpinan Ahli Dewan Negeri (ADN) Taman Templer, Sany Hamzan.

Ketua Pemuda Pakatan Harapan Perak (PH) itu memperoleh 214 undi daripada 365 pengundi yang hadir dalam pemilihan Jawatankuasa Pemuda AMANAH Nasional, di Dewan Komuniti Batu Muda, Kuala Lumpur, hari ini.

Hasnul merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong merangkap Exco Komunikasi, Multimedia dan NGO Negeri Perak.

Hasnul Zulkarnain

Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Shazni Munir yang memperoleh 195 undi dalam pemilihan Ahli Jawatankuasa AMANAH Nasional pula dipilih sebagai Timbalan Ketua Pemuda.

Bagi jawatan Naib Ketua Pemuda 1 AMANAH, disandang oleh Ketua Pemuda AMANAH Negeri Johor, Taqiuddin Cheman dengan pungutan sebanyak 178 undi.

Taqiuddin Cheman

Naib Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan, Zubair Rahim yang memperoleh 213 undi pula dilantik sebagai Naib Ketua Pemuda 2 AMANAH Nasional manakala Kevin Shawn Gomez dilantik sebagai Naib Ketua Pemuda 3.

Zubair Rahim

 

Shazni Munir (kiri) dan Kevin Shawn Gomez.