Malaysia Dateline

Hassanuddin ziarah bekas wartawan Harakah di hospital

Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus menziarahi bekas wartawan Harakah, Mohd Adnan Ibrahim yang diuji dan sedang menjalani rawatan di Hospital Pakar PUSRAWI Kuala Lumpur.

Ahli Parlimen Hulu Langat itu bertemu dengan Adnan yang juga suami kepada Puan Saidah Hairan, Editor Harakah yang dirawat kerana mengalami kekurangan darah, masalah jantung dan prostat.

“Mohon doakan kesembuhan dan semoga keluarga beliau tabah menghadapi dugaan,” kata Hassanuddin dalam tulisan beliau di facebooknya.

Selain Harakah, Adnan juga pernah b ertugas di akhbar Siasah, sebuah akhbar politik mingguan yang kini sudah tidak terbit lagi.