Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Haziq dakwa Azmin tergamak rakam video ‘aksi’ mereka

Haziq dakwa Azmin tergamak rakam video ‘aksi’ mereka

Oleh MALAYSIA DATELINEJune 13, 2019 2:15 pm




Haziq Abdul Aziz hari ini tampil mendakwa Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pula merakamkan video hubungan intim mereka.

Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin itu berkata, rakaman aksi itu dibuat di beberapa pertemuan lain.

“Saya sedari kamu (Azmin) lelaki yang sakit kerana hanya kamu yang yang boleh merakamkan video-video itu sebagai koleksi peribadi selepas menjemput saya ke bilik hotel pada semua kejadian,” katanya.

Haziq memberitahu mereka melakukan beberapa kali hubungan intim sejak 2016.

“Pertama kali di Grand Continental Kuching, tiga tahun lalu, kemudian di Pullman Kuching semasa Pemilihan Parti (PKR) pada Oktober tahun lalu.

“Kami sekali lagi melakukannya di Hotel Grand Hyatt KL semasa tugasan kamu selaku Menteri Pengiring kepada Sultan Brunei pada Mac tahun ini dan bulan lalu di Fourpoint Sandakan,” dedahnya.

Bekas pembantu kepada Menteri ketika era BN iaitu Ahli Parlimen Batang Sadong, Datuk Seri Nancy Shukri tersebut berkata, dia begitu kecewa dengan Azmin yang dipandang tingginya kerana tergamak berbuat demikian.

Dia juga bimbang lebih banyak video aksi itu akan disebarkan sebaliknya boleh dinafikan oleh Azmin dengan kelebihan sebagai seorang menteri.

Mengakui masa depannya sudah berakhir, Haziq berkata dia amat bimbang dengan keselamatan keluarga dan dirinya.

“Kamu juga mempunyai perdana menteri yang berikrar memberi sokongan penuh sebelum sebarang siasatan rasmi dijalankan.

“Hanya kebenaran boleh membebaskan saya dan saya amat bimbang dengan keselamatan keluarga dan diri saya,” kata Haziq lagi dalam kenyataan enam perenggan berbahasa Inggeris yang di Facebook menjelang tengah hari tadi.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Terkini

Tindakan kerajaan mahu bunuh kontraktor bumiputera

Hebat Muhyiddin hanya 13 kerusi PN mampu takluk Johor

COVID-19: Kes baharu terus melonjak terkini 4,008 kes

Pakej Permai: Kerajaan patut jadikan kos ujian saringan Covid-19 mampu milik

PN gagal lonjakkan ekonomi negara

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production