Malaysia Dateline

Hebahan maklumat palsu: Pasukan media JPM dipuji, MCMC digesa tegas ambil tindakan

Orang ramai memuji tindakan pantas pasukan media Jabatan Perdana Menteri (JPM) menyangkal hebahan palsu yang dilihat sengaja dilakukan pihak tidak bertanggungjawab.

Dalam masa sama, rakyat berharap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) segera mengambil tindakan tegas terhadap pengguna media sosial yang terlibat dalam kandungan bersifat palsu dan mengancam ketenteraman awam.

“Bagus team media JPM.

“MCMC harus tegas dan ambil tindakan sewajarnya.

“Tolonglah MCMC bergerak pantas. Cari dan heret orang yang mencipta berita-berita palsu macam ni. Jika dapat uar-uarkan ke seluruh rakyat Malaysia.

“Kementerian Komunikasi dan Digital, saya percaya siasatan sedang dijalankan, tindakan segera akan diambil,” demikian antara komentar warganet di ruangan komentar bagi hantaran di akaun rasmi Facebook, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Belum pun sampai sebulan pentadbiran Kerajaan Perpaduan, banyak berita palsu dilihat tersebar di media sosial sekaligus menggambarkan sifat terdesak pihak tertentu untuk menganggu keutuhan Kerajaan Persekutuan yang diterajui Anwar.

Malah, muncul akaun Twitter palsu menggunakan gambar Perdana Menteri sama seperti akaun Twitter sebenar atas nama @anwarinrahim mengenai pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama Sekolah Menengah Persendirian Cina (UEC).

Baca juga 2,113 kandungan video di TikTok kena padam – Awas buat penyebar berita palsu, provokatif!

Baca juga Pelik tapi benar, lelaki masak ayam guna mesin pembancuh kopi