Malaysia Dateline

Heboh, wakil rakyat ‘kantoi’ tonton video lucah semasa sidang dewan

Seorang wakil rakyat yang juga penyanyi veteran di Indonesia ‘kantoi’ tonton video lucah dalam Dewan Perwakilan Rakyat (DPR).

Harvey Malaiholo yang merupakan anggota Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) mengundang kecaman rakyat republik itu apabila videonya sedang menonton porno itu tersebar di media sosial.

Aksi penyanyi sedang duduk santai sambil menatap skrin telefonnya itu berlangsung semasa mesyuarat Jawatankuasa Kerja Vaksin Covid-19 di bangunan Parlimen baru-baru ini.

Harvey Malaiholo

Harvey dilihat tidak menghiraukan sidang yang berlangsung mesyuarat pada mesyuarat Jawatankuasa Kerja Vaksin Covid-19 di bangunan Parlimen.

Dia juga tidak menyentuh kertas di atas mejanya, sebaliknya asyik menonton video lucah itu dan seolah-olah cuba untuk membesarkan imej di skrin telefon bimbitnya.

Menerusi video yang tersebar, kedengaran suara seorang wakil rakyat wanita bertanyakan tentang vaksinasi.

“… kalau kita lihat dengan laju suntikan yang seperti apa gitu. Karena ini laju vaksinasinya itu kurang dari 500 ribu. Apa betul Pak?”

Untuk rekod, Harvey, 60, yang berasal dari Ambon, Maluku ialah anggota pengganti sementara DPR daripada Fraksi PDIP sejak 11 Januari 2022 dengan daerah pilihan raya Papua Barat.

Baca Gempar bawa parang panjang masuk masjid gara-gara pembesar suara kejut bangun sahur

Baca Jumpa ulat kecil masih hidup dalam nasi kerabu, pembeli luah rasa kecewa