Heliza kahwin dengan usahawan bergelar datuk seri?

Oleh BORHAN AHMAD

Di awal tahun baru 2022 ini, penyanyi terkenal, Heliza Helmi, 36, diumumkan mendirikan rumah tangga dengan seorang usahawan yang juga dipercayai jutawan bergelar Datuk Seri.

Berita mengenai perkahwinan itu dimaklumkan seorang pendakwah terkenal, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim di laman Instagramnya, mohdizharariff_official hari ini yang turut memuat naik gambar pasangan tersebut.

“Tahniah kedua adinda saya Mahadi dan Heliza Helmi kerana hari ini kalian telah disatukan dengan izin Allah.

“Syukur kepada Allah setelah sekian lama saya menyimpan rahsia kalian… Maaf tak dapat hadir hari ini kerana berada di luar kawasan… Esok kita jumpa ya,” tulis Mohd Izhar.

Turut menyiarkan gambar pengantin ini adalah penulis yang menyebabkan tularnya ikan Siakap di Langkawi, Mohamad Faris Zulkarnain.

Faris, rakan kongsi Heliza, memuat naik gambar kedua-dua pengantin menerusi facebook beliau dengan doa untuk pengantin baru.

Heliza diijabkabulkan dengan usahawan terkenal, Datuk Seri Mahadi BZ.