Malaysia Dateline

Helman mohon maaf kepada Mahfuz kerana fitnah

Kes saman Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar terhadap Helman Sanudin selesai apabila Helman minta maaf dan menarik balik artikel berbau fitnah tersebut.

Mahfuz memaafkan beliau atas penerbitan artikel yang mengandungi kata-kata fitnah bertajuk “Umno Taja
Mahfuz?” yang diterbitkan di dalam Facebook Helman pada 21.4.2018.

Helman menarik balik artikel dengan memadamkannya dan menghalang terbitan lanjut artikel tersebut.

Permohonan maaf telah dilakukan oleh Helman kepada Mahfuz di dalam Mahkamah Seksyen Sivil 6, Kompleks
Mahkamah Kuala Lumpur pada hari ini.

Mahfuz diwakili oleh peguam Abdul Aziz Hamzah manakala Helman diwakili oleh peguam Wan Rohimi Wan Daud.

Sebelum ini, Mahfuz telah memfailkan saman fitnah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap Helman Sanuddin
menuntut gantirugi berjumlah RM500 ribu.

Saman fitnah ini adalah bagi kenyataan Helman yang disiarkan dalam facebooknya yang menggunakan
nama “Herman Samsudeen” memfitnah Mahfuz Omar ditaja sebanyak RM60 ribu semasa kempen PRU 2008 dan 2013 oleh pemimpin Umno.

Dalam kenyataan fitnah yang sama Mahfuz turut difitnah ditaja oleh pemimpin Umno sebanyak RM40 ribu
semasa melangsungkan perkahwinan anak perempuannya pada 2016.

Saman ini adalah bagi membersihkan nama dan reputasi  Mahfuz daripada kenyataan fitnah tersebut dan
melunaskan janji untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Helman.