Malaysia Dateline

‘Hentamlah Tun M yang seronok MO1 dan BN’

Mohamed Hanipa Maidin

Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin  dipercayai menyelar tindakan seluruh kepimpinan Pas dakwanya  menyerang Tun Dr Mahathir Mohamad  seorang yang bergelar Negarawan berbanding kepimpinan Umno-BN.

Beliau berkata, dalam konteks negara hari ini, Pas yang dilabelkan  sebagai ‘puak-puak suci’ itu ujarnya, terlalu prejudis kepada bekas perdana menteri itu.

“Bagi saya , mereka, dengan hormat, tersalah arah.

“Alhamdulillah. Tun M kini berhijrah daripada persekitaran BN yang korup kepada persekitaran PH yang insyaAllah lebih baik dan elok,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Apa yang peliknya kata Hanipa lagi, ada pihak yang duduk dipersekitaran yang baik sebaliknya tiba-tiba dilihat begitu rapat dengan persekitaran yang korup.

Sambil berseloroh dalam bahasa Urdu  kata Hanipa:”kiya hua (apa dah jadi?) bhai? Allah lebih mengetahui,” ujarnya.

Justeru  dakwanya, Pas dilihat semakin parah hari ini kerana tidak mengenali antara kawan dan lawan.

“Berebut-rebut daripada Presiden membawa hingga ke budak hingusan yang baru nak bertatih dalam medan politik berpesta hentam Tun M yang berstatus Negarawan.

“Komen pulak berselirat dengan pelbagai teori mungkin, teori tak mustahil dan spekulasi. Misalnya berspekulasi tak mustahil atau mungkin Tun M akan masuk Umno semula. Sedangkan yang pasti MO1 ‘confirm’ Umno,” katanya dalam kenyataannya hari ini.

Hanipa kemudian berhujah mengapa agama Islam melarang umatnya berjudi?

Jelas Hanipa ia satu ‘game’ (permainan) yang berasaskan spekulasi, peluang dan kemungkinan.

“Yang ada Phd pun boleh kalah dengan yang tak pergi sekolah.Sebab judi bukan based on (berasaskan) kekuatan minda. Awatlah bernafsu sangat nak berspekulasi dan abaikan realiti.

“Dalam kitab-kitab agama yang bincang isu taubat, mungkin kita biasa dengar kisah seorang pembunuh yang telah bunuh 99 nyawa.
“Kata seorang agamawan, Sheikh Dr. Walead Mosaad dalam lingo kontemporari ,orang itu boleh dikatakan macam ‘serial killer’ (pembunuh bersiri) atau ‘terrorist (penganas).

“Dipendekkan cerita, beliau ingin bertaubat dan berjumpa dengan seorang ‘abid ( kuat beribadat ) tapi bukan ‘alim atau faqih.
“Nasihat ‘abid ini kepada penjenayah itu semacam tak ada ruang untuk beliau tebus segala dosanya melalui pintu taubat. Kesannya, ‘abid itu juga akhirnya dibunuh..genap 100 nyawa.

“Tapi pembunuh itu masih tak berputus asa. Masih ingin bertaubat. Lalu beliau berjumpa dengan agamawan lain, tapi yang ‘alim dan faqih.

“Maka agamawan ini memilih untuk tidak berkecuali. Beliau menasihati pembunuh bersiri itu untuk berhijrah ke persekitaran yang lain pula. Dalam proses penghijrahan itu, takdir Allah ,nyawanya pula dicabut.

“Dikisahkan berlaku pertembungan dan perebutan antara Malikat yang bawa rahmat dan Malaikat yang bawa turun azab ke atas mayat itu.

“Almarhum Sheikh ‘Allamah Mutawalli Sya’rawi dalam sebuah kitab beliau yang saya pernah baca , ketika berkongsi cerita ini, menulis antara ‘ibrah ( pengajaran ) kisah ini adalah kelebihan seorang ‘alim daripa seorang ‘abid .

“Kata Sheikh Dr Walead ,masalah si ‘abid itu adalah, ketika beliau bagi ‘fatwa’ atau nasihat itu, beliau membuat ukuran ikut ‘standard’ diri beliau,” terang Hanipa.