Malaysia Dateline

Henti aktiviti mendulang emas: Keselamatan nyawa rakyat lebih utama, kata Timbalan Menteri KPKT

Senator Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berpendapat dakwaan wakil pendulang emas Alias Yusof yang menyalahkan nasib 100 pendulang emas Lubuk Mandi, Marang, Terengganu terpaksa dihentikan aktiviti  mendulang oleh pihak penguatkuasaan negeri,  sebagai kepentingan politik kerajaan Pakatan Harapan adalah tidak benar sama sekali.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu berkata, beliau tidak  menggesa aktiviti pendulang emas disekat, sebaliknya meminta agar pihak berkuasa tempatan mengikut peraturan sedia ada bagi memastikan insiden hitam seperti di Kuala Koh dan Pasir Gudang tidak berulang di Marang.

“Saya tidak bolih mengambil sikap tidak mengambil berat isu semasa ini.

“Selepas kenyataan peringatan saya, kami serahkan kepada kebijaksanaan pihak berkuasa tempatan negeri untuk memastikan peraturan, garis panduan kerja serta keselamatan nyawa perkerja di beri perhatian.

“Tuduhan En Alias Yusof yang kenyataan saya bermotifkan politik untuk memburukkan kerajaan Negeri tidak benar sama sekali.

“Pihak saya dan kerajaan Negeri Terengganu telah beberapa kali kunjung mengunjungi satu sama lain demi kemajuan serta kebajikan rakyat Terengganu.

“Beberapa projek KPKT dengan kerjasama kerajaan Negeri telah di kenal pasti dan telah pun di luluskan kami, termasuk di Marang sendiri.

“Walaupun berbeza pendapat politik , isu perlombongan ini adalah isu keselamatan untuk kebaikan bersama kerajaan Negeri dan Persekutuan yang perlu kita tangani demi kebaikan bersama dan untuk rakyat,”ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Raja Kamarul Bahrin mengulas mengenai dakwaan wakil pendulang Alias Yusof yang dipetik Sinarharianonline hari ini sebagai berkata, kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Terengganu, Senator Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad mengenai aktiviti itu adalah tidak tepat.

Alias menyifatkan kenyataan Raja Kamarul Bahrin itu mengenai aktiviti perlombongan berkenaan hanya kerana kepentingan politik dan mahu menjatuhkan pentadbiran kerajaan negeri, sedangkan aktiti pelombongan itu sudah berlarutan lebih 30 tahun dan tiada masalah dari segi keselamatan, dakwanya.

Menurut Raja Kamarul Bahrin lagi, kerjasama diantara kerajaan Negeri Terengganu dengan kerajaan Persekutuan melalui KPKT sehingga ini berjalan baik dengan pendekatan yang profesional demi kepentigan dan kebajikan rakyat.

“InsyaAllah keselamatan rakyat akan terus menjadi keutamaan kita bersama.

“Untuk makluman beliau (Alias) apabila masalah pencemaran di Pasir Gudang dan Kuala Koh berlaku, beberapa Kementerian di panggil untuk membantu mengatasi masalah tersebut.KPKT, juga di panggil untuk memantau situasi di atas kepakaran yang kami miliki.

“Sebelum dari ini beberapa kes melibatkan pencemaran serta keracunan alam dari aktiviti perlombongan emas seperti berlaku di Bukit Koman, Raub yang dilapurkan pada Januari 2010 dan juga di Kampung Gua, Kuala Lipis yang di laporkan pada Januari 2018 adalah kes kes melibatkan pelombongan emas juga.

“Saya berpendapat “pencegahan adalah lebih baik dari rawatan”. Sebelum sitiuasi menjadi parah baiklah kita mengambil langkah berjaga-jaga.

“Setelah di tanya berbagai pihak tentang peranan unit Hazmat dibawah KPKT serta mengambil sikap prihatin keatas Terengganu negeri saya sendiri berkaitan aktiviti perlombongan emas, saya membuat kenyataan umum tentang langkah berjaga-jaga yang patut di ambil.

“Dengan ilmu serta teknoloi yang kita ada hari ini kita sedar bahawa aktiviti perlombongan, termasuk perlombongan emas, perlu di pantau dengan baik. Kesihatan dan nyawa perkerja serta penduduk berdekatan lombong lombong yang di terokai boleh terjejas dan terancam,” ujarnya.

Tambahnya lagi, mengikut kajian saintifik, perlombongan emas terutamanya apabila terdedah kepada udara, hujan serta panas boleh menyebabkan perlepasan kimia mercuri, arsenik dan lead yang membahayakan nyawa manusia.

“Laporan REDOIL , Alaska, beberapa tahun lepas telah memberi lapuran terperinci bahaya aktiviti pelombongan emas serta logam logam lain.

“Oleh itu pemantauan oleh pihak berkuasa untuk memastikan peraturan serta pewaian di patuhi adalah penting.Ini adalah kerana kebimbangan dan keperhatinan saya atas keselamatan serta kesihatan orang awam dan perkerja lombong sendiri yang ramai tidak tahu akan bahaya keatas diri mereka.

“Pemantauan supaya pencemaran tidak memasuki alur atau sungai yang akan memasuki pula sumber air dan telaga kegunaan orang awam serta juga mencemar udara.

“Ini adalah asas penjagaan alam sekitar dan kesihatan yang kita semua bertanggung jawap mengikut peraturan dan piawaiannya.

“Nilai kesihatan serta nyawa manusia jauh lagi penting dari perkara perkara lain dan saya perlu beri pandangan yang sepatutnya,” tegasnya.