
Henti kenyataan berbalah, kata Anwar
Semua pimpinan dan anggota parti PKR digesa agar menghentikan budaya berbalas sesama sendiri.
Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kenyataan demi kenyataan mengenai perbalahan mestilah menggunakan saluran parti khususnya kepada Lembaga Disiplin.
“Parti harus tegak atas asas dan khittah perjuangan memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa, membela nasib rakyat semua kaum terutama yang miskin dan terpinggir dari arus pembangunan,” katanya dalam satu kenyataan dipetik dari laporan Malaysiagzette hari ini.
Sebelum ini, kenyataan balas daripada kedua-dua pihak dalam PKR menghujani media yang jelas mencerminkan bahawa parti itu kini berantakan sesama sendiri.
Sehari selepas itu, Ketua Penerangan Wanita, Syarul Ema Rena Abu Samah pula menempelak Shamsul dengan berkata beliau gagal menjalankan tanggungjawab untuk memastikan Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) berjalan lancar.
Syarul Ema Rena melihat Shamsul Iskandar sebagai tidak layak mengeluarkan kenyataan mengkritik Zuraida memandangkan beliau gagal mengawal dan mengurus kongres itu.