Malaysia Dateline

Hentikan persengketaan, tonjolkan kematangan

Ketika negara sedang dilanda musibah penularan wabak Covid-19 adalah lebih bermanfaat sekiranya permainan politik dihentikan.

Malah keselamatan dan kesihatan rakyat seharusnya diberi prioriti serta fokus semua pihak yang ada dalam negara ini.

Demikian disarankan oleh Jawatankuasa Mahasiswa AMANAH Nasional, Abrar Sadiq.

Jelasnya, pencegahan wabak Covid-19 memerlukan kerjasama semua pihak.

“Ketenangan mantan Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad seharusnya dimanfaatkan jika dibandingkan dengan barisan menteri kerajaan PN kini yang dilihat amat tidak kompeten sama sekali.

“Usah lagi berpolitik dengan cara yang licik tatkala rakyat mengharapkan pimpinan yang matang bagi menangani apa jua cabaran yang mendatang.

“Sewajarnya rakyat membuat penilaian terhadap kemampuan dan kredibiliti kerajaan PN yang diterajui Tan Sri Muhyiddin yang didakwa dibarisi oleh menteri berpengalaman dalam situasi getir dan kritikal menghadapi penularan wabak Covid-19 ketika ini,” tegas beliau.

Sehubungan itu tambah Abrar, saat getir ini adalah amat sukar dan semua pihak harus berusaha semaksimum mungkin untuk menghindari penularan wabak ini.

Sejajar dengan itu beliau menyarankan supaya golongan muda mengawal diri daripada terus bercakap atau menulis perkara yang tidak berfaedah, sebaliknya mengamalkan pembacaan bahan bacaan berilmiah maupun menonton filem yang mempunyai nilai dalam mendidik untuk menjadi warganegara yang matang.

Sarannya lagi, undang-undang harus dipatuhi dan dilalui dengan penuh ketenangan bagi mendidik untuk menjadi anak muda yang sabar dan tabah.