Malaysia Dateline

Hiburan petang PKP 3.0 Mahfuz tarik perhatian

Klip video ringkas yang memaparkan Naib Presiden AMANAH, Datuk Seri Mahfuz Omar menyanyikan sedutan sebuah lagu daripada kumpulan Alleycats dilihat menarik perhatian ramai.

Rakaman berdurasi hanya 36 saat itu berserta suntingan lagu ‘Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi’ yang diterbitkan pada tahun 1981.

“Sekuntum mawar merah sebuah kerajaan tebuk atap untuk gadis pilihan di bulan Mei,” nyanyi Mahfuz yang juga bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia itu.

Perkongsian di Facebook Ahli Parlimen Pokok Sena berkenaan pada hari ini juga bersertakan kapsyen, “hiburan petang PKP 3.0 hari yang ke-6”.