Malaysia Dateline

Hidangan ‘fish and cheap’ ini buat warganet terhibur

Hidangan ‘fish and chips’ versi mampu milik yang digelar ‘fish and cheap’ seperti dikongsikan di media sosial membuatkan warganet terhibur.

Lengkap berserta secawan kopi, orang ramai ada berseloroh menganggap itu pula sebagai air Americano.

“Sedap dapat ikan seketul”, kata netizen manakala ada yang mengusik, “The real fish”.

Dalam masa sama, ada yang membuat cadangan supaya juadah yang berasaskan ikan dan kentang goreng itu lebih mencetuskan jenaka.

“Nak lagi kelakar patutnya fries tu ganti dengan keropok kentang je. Baru betul ‘fish’ and ‘chips‘,” tulis Yusuff Zulqarnain.

Untuk rekod, juadah ‘fish and chips’ yang berasal dari United Kingdom menggunakan ikan kod sebagai ramuan utama makanan itu.

Baca juga Mungkin letih seharian bersekolah, aksi murid ini berbaring atas rumput sambil makan ais krim memang sempoi

Baca juga Nama digugurkan daripada drama swasta, ibu bimbang kerjaya Puteri Balqis terjejas