Pemuda Amanah Johor menggesa Datuk Seri Zainal Rahim Seman meletakkan kepentingan awam mendahului kepentingan survival politik Umno-BN
Ketua Pemudanya Muhammad Taqiuddin Che Man berkata, kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Perkhiidmatan Awam (JPA) itu yang tidak teragak-agak bertindak membatalkan biasiswa pelajar tajaan Mara sekiranya didapati mereka mengkritik kerajaan adalah bercanggah dengan perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
“Datuk Seri Zainal lupakah ugutannya ini bercanggah dengan perkara 10 perlembagaan persekutuan yang memberi ruang dan kebebasan kepada mana-mana warga Malaysia untuk bersuara?
“JPA adalah badan awam bawah kerajaan yang berfungsi untuk berkhidmat kepada rakyat. Ia bukan alat atau instrumen kepada parti Umno untuk mereka sewenang-wenangnya guna bagi menghalang dan mengugut rakyat daripada bersuara,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Semalam Zainal dilaporkan berkata, kerajaan berhak membatalkan biasiswa mana-mana penerima sekiranay merea secara terbuka mengkritik kerajaan di laman sosial seperti blog atau facebook.
Ia antara enam amaran yang digariskan JPA kepada kira-kira 1,000 pelajar yang mendapat 9A+ dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan menerima tawaran biasiswa dariapda jabatan itu.
Justeru Muhammad Taqiuddin menegaskan, Zainal dan kerajaan perlu memahami kritikan daripda rakyat terutama membabitkan golongan pelajar adalah penting agar berlaku proses semak dan mbang dengan baik.
“Kerajaan perlu belajar mendengar keluh kesah dan denyut nadi rakyat dibawah ini kerana terlalu banyak kepincangan yang sedang berlaku memberi kesan buruk kepada kehidupan seharian rakyat.
“Bukankah slogan perdana menteri, “Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan”? Atau sekarang ia hanya retorik kosong untuk menutup kepincangan kerajaan?,” soalnya.
Justeru Pemuda Amanah Johor menggesa institusi meletakkan kepentingan awam berbanding kepentingan survival Umno-BN.