Malaysia Dateline

Hilang sejak tiga minggu lalu, remaja 14 tahun sedang dicari

Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun hilang sejak tiga minggu lalu selepas memberitahu neneknya yang berada di rumah untuk keluar membeli air minum di kawasan berdekatan.

Nurhidayah Mat Nurddin yang beralamat di Kampung Tersusun Batu 5, Tambun dekat Ipoh kali terakhir dilihat pada jam 4.30 petang, 19 Ogos lalu.

Sehubungan itu, polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan pelajar Tingkatan Dua berkenaan dengan menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Mohd Haizal Umar, di talian 05-2451628 atau 011-21001076.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, berkata orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai keberadaan lokasi remaja itu juga boleh disalurkan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-2451500.

Lapor BH, remaja itu dikatakan memarahi ibunya selepas ditegur kerana terlalu banyak bermain telefon dan dipercayai hilang kerana mengikut seorang kenalan.

Baca juga Selamba brader motor ni menyusup bawah lori, aksi bebal ini dikecam orang ramai

Baca juga Mahu kenalpasti individu terlibat ajaran sesat, JAIS akan jalankan siasatan