Hilang suara sebab demam, batuk, Anuar Zain terpaksa sedut nebulizer masa konsert

Oleh MAISARAH AISYA

Sudah menjadi kebiasaan untuk penyanyi hilang suara akibat terlalu banyak berlatih namun itu tidak mematahkan semangat penyanyi, Anuar Zain.

Penyanyi lagu Lelaki Ini dilihat terpaksa menggunakan nebulizer sepanjang konsert Anuar Zain 40th Anniversary (AZ40).

Menurut Kosmo, Anuar Zain mengalami demam dan batuk yang teruk, seminggu menjelang konsertnya.

“Sejujurnya saya kecewa apabila hilang suara sekali gus tidak dapat mencapai standard yang saya tetapkan,” ujarnya seperti dipetik Kosmo.

Selain kesukaran dalam menyanyikan lagu tinggi miliknya, Anuar Zain juga terpaksa menggunakan nebulizer untuk memulihkan kembali pernafasannya setiap kali selesai menyanyi.

Tidak mahu menjadikan ketiadaan suara sebagai alasan untuk batalkan konsert, Anuar Zain tetap teruskan demi peminat tersayang.

“Rasanya tak pernah dibuat penyanyi lain apabila terpaksa sedut nebulizer ketika menyanyi. Walaupun saya hampir kehilangan suara, tapi semangat saya kuat untuk selesaikan konsert ini.

“Apa pun yang terjadi, persembahan tetap perlu diteruskan. Melihat peminat yang datang menguatkan lagi semangat saya untuk meneruskan persembahan,” jelasnya.

Anuar Zain tetap bersyukur apabila konsertnya berjalan dengan lancar, walaupun ketika dirinya berdepan dengan masalah kesihatan.

“Walaupun saya sedikit kecewa, tapi saya tetap bersyukur kerana sudah lakukan yang terbaik demi peminat,” katanya.

Konsert yang berlangsung selama dua jam itu turut menyaksikan Anuar menyanyikan 20 buah lagu antaranya Lelaki Ini, Sedetik Lebih, Bila Resah dan Sesucinya Cintamu.

@arifeddy

Semoga Anuar Zain lekas sembuh. Terima kasih kerana menghiburkan kami di konsert AZ40 di Stadium Melawati Shah Alam tadi. #AnuarZain #anuarzain40thanniversaryconcert #anuarzainnetwork

♬ original sound – Arif Eddy – Arif Eddy

Baca juga: “Jangan tunggu bapa tak ada, baru cari”, Yusof Haslam menangis rindukan Syamsul