Hilangkan batuk berpanjangan, boleh cuba senarai petua bekas pesakit Covid-19

Oleh ARIF ATAN

Hilangkan batuk berpanjangan anda dengan mencuba sejumlah petua yang dikongsikan bekas pesakit Covid-19. Jangan dibiarkan sahaja. Cepat-cepat rawat supaya tidak semakin teruk bimbang memberi kesan kepada paru-paru.

Ada yang hanya menggunakan bahan semulajadi. Ada juga yang mendakwa produk tertentu di pasaran berkesan melegakan rasa tidak selesa akibat batuk.

Namun, lain orang lain cara untuk menyembuhkan batuk yang dialami. Semoga perkongsian senarai petua yang dipetik daripada info dimuatkan dalam kumpulan Facebook, Pesakit Covid-19 Malaysia ini dapat menghilangkan batuk akibat jangkitan Covid-19 yang pernah dialami.

1. Berkumur menggunakan air suam yang dicampur dengan satu sudu garam.

2. Minum perahan sebiji lemon campur sesudu madu tualang. Baca Bismilllah dan selawat tiga kali diikuti tiga kali bacaan ayat 80 Surah Asy-Syu’ara. Tarik nafas dan tiup ke atas campuran ramuan sebelum minum.

3. Campurkan setengah sudu kecil habbatus sauda dengan madu asli. Awas, elak terbeli madu tiruan yang 80 peratus menguasai pasaran.

4. Ada juga yang mencampurkan satu sudu madu asli dengan perahan lemon dan halia.

5. Minum air kelapa muda yang dicampur dengan potongan satu per empat lemon. Campur juga dengan madu asli satu sudu dan selawat tiga kali.

6. Banyakkan minum air suam.

7. Gigit dan kemam cengkih empat kuntum.

8. Amalkan makan dua ulas bawang putih setiap hari.

9. Kemam Avosil Lozenge 2mg hingga cair dalam mulut. Sakit tekak dan batuk hilang. Boleh tidur lena waktu malam.

10. Beli air jenama Twister dan makan mangga masak yang lembut disimpan dalam dari peti ais. Empat hari lega.

11. Makan gula-gula sakit tekak empat jam sekali. Selepas itu, makan aiskrim vanila. Tekak sudah tidak sakit lagi. Hanya aiskrim vanila saja yang menjadi bukan perisa lain.

12. Minum air limau Sunquick campur garam.

13. Cuba telan pil cairkan kahak yang boleh didapatkan dari farmasi.

14. Amalkan minum madu halia Bentong dan habbatus sauda.

15. Kemam ubat Jujubes yang boleh dibeli dari kedai ubat Cina. Hanya berharga RM8.90. Tekak akan rasa berangin.

16. Semburkan Oracare ke arah tekak. Untuk cepat sembuh, beli Difflam, Hudson atau Strepsils bungkus warna ungu.

Laman kumpulan Facebook yang memberi banyak manfaat dengan perkongsian info.