Himpunan 8 Disember harus rentas parti, kata Mufti Perlis

Himpunan 8 Disember harus rentas parti, kata Mufti Perlis

Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berpendapat perhimpunan yang diatur 8 Disember ini boleh dianggap sebagai ikhlas dan berkepentingan umat jika bebas daripada slogan kepartian.

Menurutnya, perhimpunan tersebut relevan untuk menegaskan isu-isu semasa yang membabitkan kepentingan umat Islam dalam suasana mereka memerlukan siasah yang jelas saat ini.

Ujarnya, perkembangan semasa menyaksikan umat Islam gusar dengan dan ruang wajar diberikan kepada mereka untuk menzahirkan keresahan itu dalam suasana yang aman.

“Ia hendaklah satu perhimpunan rentas parti dan rentas kepentingan kelompok. Perhimpunan untuk umat daripada umat dan kepada umat.

“Perhimpunan itu juga tidak boleh menjadi seruan yang menzalimi mana-mana agama dan bangsa lain yang tidak menzahirkan permusuhan terhadap umat Islam,” dipetik dari kenyataannya di Facebook beliau, hari ini.

Dr Asri turut menegaskan seruan Islam mengajak kepada keharmonian hidup bersama mereka yang mencintai kedamaian.