Malaysia Dateline

Himpunan anti-Israel di Kedutaan AS Jumaat ini

Kerakusan Israel yang langsung menyalahi prinsip demokrasi dan hak asasi sejagat terutama kepada umat Islam Palestin perlu dihentikan.

Oleh itu, satu himpunan bantahan terhadap Zionis Israel akan digerakkan di hadapan kedutaan Amerika Syarikat Jumaat ini.

Ketua Pemuda Pakatan Harapan Shazni Munir Mohd Ithin juga mengajak seluruh rakyat negara ini bersama-sama dalam kempen mengibarkan bendera Palestin di setiap rumah dan kenderaan.

“Dalam memastikan arus solidariti ini kekal dan mengukuh sehingga ke peringkat akar umbi masyarakat, kita menyeru agar kempen mengibarkan bendera Palestin di setiap rumah dan kenderaan juga diaktifkan, seiring dengan arus perlawanan di media-media sosial,” kata beliau dalam kenyataan.

Shazni yang juga Ketua Pemuda AMANAH Nasional, berkata, selain bertindak sebagai simbol solidariti fizikal, gerakan ini juga berfungsi sebagai langkah kesedaran awam demi membebaskan Palestin daripada penjajahan Zionis Israel.

Beliau turut memuji keberanian yang ditunjukkan jutaan rakyat Malaysia dalam bersolidariti dan bersama-sama perjuangan rakyat Palestin ketika ini.

Apatah lagi katanya, amaran kerajaan Israel untuk bertindakbalas jelas memberikan signal bahawa gerakan solidariti ini telah memberikan kesan dalam perang psikologi (psywar) menentang imperialis Zionis Israel.

“Kita yakin bahawa asakan dan bantuan dalam membela Palestin yang tertindas wajar digerakkan secara agresif dan lebih membekas.

Selain serangan bertali-arus di media-media sosial berkaitan Israel yang perlu konsisten dan berterusan, tekanan juga harus terarah kepada kerajaan Amerika Syarikat (AS), setelah Pejabat Presiden negara berkenaan menyatakan dokongan terhadap Israel.

Terkini, Israel terus melakukan serangan udara sehingga membunuh 33 penduduk Palestin, termasuk 13 kanak-kanak, di Gaza pada awal pagi Ahad. Dilaporkan serangan sebelum subuh itu menyasarkan rumah di tengah-tengah bandar Gaza