Himpunan anti kleptokrasi gagal kerana mirip Umno-BN, dakwa Jamal

Himpunan anti kleptokrasi gagal kerana mirip Umno-BN, dakwa Jamal

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos berpandangan Pakatan Harapan gagal mengumpulkan penyokongnya untuk hadir dalam Himpunan Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi yang diadakan semalam, kerana acara majlis sepanjang himpunan berlangsung mirip kepada program Umno dan Barisan Nasional (BN).

Justeru beliau berhasrat untuk menawarkan khidmat atur cara majlis kepada Pakatan Harapan agar lebih ramai penyokong hadir ke perhimpunan anjuran Pakatan Harapan sekiranya ia ingin dilakukan sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Umno dan BN.

Justeru dakwanya dengan kos keseluruhan mencecah RM1.6juta dengan membayar siaraya sejumlah RM450,000 untuk menjayakan himpunan yang dijangka awal akan membawa 100,000 orang di Padang Timur Petaling Jaya, gagal sama sekali.

“Saya dan team NGO sudah seminggu buat kajiselidik mengenai acara keseluruhan himpunan ini.

“Darisumber yang kami perolehi dengan perbelanjaan keseluruhan RM1.6 juta, membabitkan peralatan pentas, sistem bunyi, lampu, pentas sahaja cecah hingga RM450,000.

“Jika sewa semua peralatan itu sejumlah RM450,000 jika dengan kehadiran dilaporkan seramai 4,000 orang, bersamaan dengan RM1,200 seorang, belum lagi termasuk kos keseluruhan seperti penyediaan baju-T, longistik dan lain-lain sehingga cecah RM1.6 juta.

“Saya tidak mahu katakan barang (peralatan) saya di atas padang itu, saya ingin katakan saya juga kontraktor event (acara). Ini rezeki kepada kontraktor macam kami yang membekalkan perlatan tersebut.

“Terima kasih kerana beri peluang kerja kepada rakan-rakan saya,” ujarnya dalam sidang media yang diadakan petang tadi.

Pengerusi Gabungan NGO Gerakan Merah ini turut mendakwa, beliau yakin ketidak hadiran penyokong yang ramai itu disebabkan idea yang dicetuskan Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad dakwanya, tidak menepati ‘kebiasaan’ yang pernah dilakukan oleh pembangkang dalam penganjuran Bersih dan beberapa demontrasi lain sebelum ini.

“Himpunan ini gagal kerana idea yang diberikan Tun M untuk adakan program menyerupai Umno dan NGO yang pro kepada Umno dalam himpunan sedemikian.

“Mereka juga sudah tidak yakin lagi untuk memakai baju berwarna ‘kuning’. Baju warna merah samalah dengan baju yang pernah saya pakai untuk menentang Bersih 4 dan 5 dahulu.

“Sudah tentu bagi penyokong pembangkang mereka tidak suka dengan ‘merah’ kerana akan teringat ‘Jamal Md Yunos’ ditambah dengan tag kami: ‘Dimana ada kuning di situ ada merah’ jadi mereka (penyokong) sudah tentu tidak suka dengan program yang diaturkan oleh Pakatan Harapan kali ini.

Puji Maria Chin

“Saya memuji Maria Chin walaupun dia saman saya… dia masih kekal dengan identitinya berbaju kuning di atas pentas ini yang penyokong mereka harapkan,” ujarnya.

Justeru Jamal turut berpesan kepada Pengarah Mobilasi Himpunan Mohamad Sabu agar melantiknya menjadi konsultan acara pada sebarang perhimpunan Pakatan Harapan di masa akan datang.

Beliau berkata, bersedia untuk menawarkan potongan harga sekiranya Pakatan Harapan melantiknya menjadi perunding acara dalam himpunan yang  serupa Umno-BN pada masa akan datang.

“Saya ni berpengalaman 25 tahun menjadi kontraktor event (acara).Jika Mat Sabu perlukan khidmat saya untuk adakan himpunan seterusnya berkonsepkan seperti semalam, saya akan bagi diskaun 40 % daripada apa yang telah mereka bayar semalam (RM450,000).

“Saya yakin jika saya menjadi pengurus acara semalam, jika tidak cecah 100,000 yang hadirseperti diharapkan penganjur, berkemungkinan akan hadir 60,000 orang.

“Saya memang nak bersama mereka. Jika saya datang membawa 10tan ikan pasti akan bertambahlah lagi 10,000 orang di padang itu,” ujarnya.

Beliau berkata ketidakhadirannya di saat akhir kerana menghormati arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis sebelum itu.

1,066 total views, 2 views today

8.0
OVERALL SCORE
: 8.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS