Malaysia Dateline

Himpunan bantah kekejaman Israel dibuat secara fizikal dan maya

Himpunan membantah tindakan ganas Zionis Israel yang dijadualkan diadakan di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat Jumaat ini (21 Mei) bertukar kepada protes fizikal dan secara maya.

Sekretariat #KoyakIsrael & Solidariti Palestin bersetuju bahawa protes perlu diteruskan secara fizikal dan maya melalui penyerahan nota bantahan dan kutukan ke atas Zionis Israel ke kedutaan Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun menurut Sekretariat penyerahan nota bantahan ini akan dilaksanakan melalui dua pendekatan iaitu kehadiran fizikal seramai 10 orang sahaja yang akan ke kedutaan Amerika Syarikat pada jam 3 petang bersama para peserta lainnya akan mengikuti melalui live protes di media sosial.

Ini berikutan pihak sekretariat telah menerima maklum balas daripada pakar-pakar kesihatan, keselamatan dan juga orang ramai mengenai himpunan yang akan berlangsung dihadapan Kedutaan AS.

Platform secara langsung yang akan diikuti para peserta protes nanti adalah di facebook page Oren TV [http://bit.ly/LiveProtesIsrael].