2.40 petang – Peserta himpunan depan Sogo bergerak ke Dataran Merdeka

2.40 petang – Peserta himpunan depan Sogo bergerak ke Dataran Merdeka

Kumpulan dari Sogo mula berarak. “Gerak, gerak Dataran Merdeka” jerit jurucakap Tangkap MO1.

Arifin Jusoh

 

Ahli Jawatankuasa  Amanah Kuala Selangor, Arifin Jusoh, 64, antara peserta himpunan yang ditemui di Sogo.

“Saya berada di sini sebab membantah penyelewengan dana wang negara. Selagi MO1 tidak ditangkap selagi itu rakyat mesti bangkit,” ujarnya yang jumpa bekas ahli Pas sejak tahun 1981 itu lagi.

Peserta himpunan pelbagai latarbelakang

Ketika ucapan berlangsung, helikopter beberapa kali berlegar di ruang udara manakala satu kumpulan muzik jalanan terus mendendangkan lagu.

“Wahai anak muda ayuh kita bangkit atas nama keadilan dan kebebasan,” kata wakil mahasiswi menyampaikan puisi di Sogo dengan pada masa sama diiringi lagu “Hotel California” daripada sekumpulan pemuzik jalanan.

“Hidup mahasiswa”, “Bangkit mahasiswa”, “Hidup rakyat” dan “Tangkap MO1” antara teriakan yang kedengaran di Sogo sambil helikopter masih berlegar di ruang udara serta dendangan lagu daripada sekumpulan ‘busker’ masih diteruskan.